PENANJONG GARISON, ISNIN 12 JUN 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Bersungkai dan Tahlil bersama Mantan-Mantan Komandan IL ABDB dan Mantan-Mantan Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mantan-mantan Komandan,Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Mantan-mantan SMR, SMR IL ABDB dan Warga IL ABDB. Majlis dimulakan dengan bergambar ramai dan membaca Tahlil dikepalai oleh anggota JAAMAT IL ABDB.
Majlis diteruskan dengan bersungkai ringan dan menunaikan Solat Maghrib. Rombongan Bergerak ke Dewan Al-Nikmat, IL ABDB bagi menikmati jamuan. Selesai sahaja menikmati jamuan, Mantan-mantan Komandan dan Mantan-mantan SMR menandatangani Lembaran Kenangan dan bergerak semula ke Surau Al-Hikmah bagi menunaikan Solat Fardhu Isyak, Terawih dan Witir. Majlis diakhiri dengan minum ringan dan penyerahan cenderahati dari IL ABDB ke Mantan-mantan Komandan dan Mantan-mantan SMR di bilik Muzakarah surau Al-Hikmah.