
Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 05 orang guru pengawas dan 29 orang penuntut. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan secara ringkas kepada penuntut-penuntut mengenai latihan-latihan ketenteraan yang dijalankan di IL ABDB.
Aktiviti lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Organisasi IL ABDB dan unit-unit utama ABDB. Selepas itu rombongan lawatan berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukkan Kawad Senjata dan Kawad Tongkat dari peserta kursus. Aktiviti lawatan diteruskan ke Pusat Simulasi Latihan dan penuntut-penuntut berpeluang untuk melihat sendiri tatacara menembak menggunakan senjata-senjata yang terdapat di pusat simulasi tersebut. Lawatan telah diakhiri dengan melihat secara dekat pameran ikhtiar hidup dan menikmati jamuan ringan di Dewan Nikmat.




