x11.jpgBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 Oktober 2019 – Pusat Evolusi IL ABDB (PE IL ABDB) telah mengadakan Lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Rombongan diketuai oleh Pegawai Memerintah PE IL ABDB, Mejar Dyg Siti Nur A’fiqah binti Hj Awg Morsidi. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai, guru-guru, jurulatih-jurulatih, ahli tetap PE IL ABDB dan semua peserta kursus masing-masing dari Cawangan Bahasa, Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan dan Cawangan Teknologi Maklumat.

Rombongan lawatan PE IL ABDB telah berkesempatan menyaksikan galeri-galeri pameran yang memperlihatkan pelbagai koleksi khazanah ilmu-ilmu dan artifak warisan Islam yang terdapat di dalam Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah tersebut.
Di antara galeri-galeri pameran yang terdapat di balai berkenaan adalah kelestarian Raja, Mushaf, Atsar-Atsar Sahabat Rasulullah, Warisan Ilmu I dan II, Tanda-tanda Kebesaran Allah, Astronomi dan Kesenian Islam, Koleksi Tongkat dan Tasbih. Rombongan lawatan juga berkesempatan melihat dengan lebih dekat helaian rambut Rasulullah SAW.
Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

x11.jpgx111[.jpg