pr 4.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 30 Jun 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan penuntut sekolah seramai 38  pelajar berumur 07 hingga 09 tahun beserta 05 orang guru daripada Sekolah Antarabangsa Brunei, Seria. 

Rombongan lawatan tersebut bermula dengan sesi taklimat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB dan diteruskan dengan lawatan yang berobjektifkan pendedahan kepada latihan jasmani, disiplin dan kemahiran asas ketenteraan.
Rombongan Lawatan tersebut bermula dengan demonstrasi merempuh halangan yang dikendalikan oleh Jurulatih Jasmani IL ABDB. Lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi kawad yang di kendalikan oleh Cawangan Latihan Kawad dan lawatan ke Training Simulation Center. Sesi lawatan diakhiri dengan makan tengahari di Dewan Nikmat IL ABDB.
pr 2.jpg
pr 1.jpg
111.jpg