PENANJONG GARISON, SELASA, 16 JANUARI 2018 - Yang Mulai Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Atase Pertahanan Kanada iaitu Yang Mulia Kolonel Andrew Cleveland.
Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Timbalan Komandan IL ABDB dan Leftenan Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Ketua Jurulatih IL ABDB.
Yang Mulia Komandan IL ABDB berkesempatan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Mulia Kolonel Andrew Cleveland. Lawatan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.