PENANJONG GARISON, KHAMIS. 24 NOVEMBER 2016 - Pada hari ini Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah telah mengadakan lawatan ke Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bagi Pemeriksaan Pemerintah ABDB ke IL ABDB bagi tahun 2016.
Pemerintah ABDB menerima Tabik Kehormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Institut Latihan dan pencaragam ABDB yang diketuai oleh Kapten Pengiran Mas Sanusi bin Pg Haji Masuni. Turut serta dalam rombongan lawatan Pemerintah ABDB ialah Pemangku Ketua Unit Inspektorat,Pengarah-Pengarah ABDB, Pengarah Kewangan dan Perolehan serta Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja.
Seterusnya Pemerintah ABDB menerima taklimat pemeriksaan daripada kumpulan pemeriksa di bilik mesyuarat markas IL ABDB. Pemerintah ABDB serta rombongan berkunjung dan melihat sendiri ketempat-tempat pemeriksaan yang dijalankan seperti Kawasan Merempuh Halangan, Sekolah Infantri, Tapak Tembak Senjata M203 dan Sekolah Pertukangan Tentera. Tujuan lawatan adalah menyaksikan sendiri tahap persiapan dan profesionalisma anggota IL ABDB dalam menjalankan ujian serta pemeriksaan. Ini juga secara langsungnya menunjukkan keperihatinan pihak atasan dalam perkembangan mutu kerja IL ABDB.
Lawatan diakhiri dengan Ulang Taklimat Pemerintah bertempat di Mess Pegawai Penanjong Garison. Turut hadir ialah rombongan lawatan Pemerintah ABDB, seluruh Pegawai-Pegawai IL ABDB dan RSM IL ABDB.


