IMG-20191126-WA0029.jpgPENANJONG GARISON, RABU, 20 NOVEMBER 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menerima lawatan kerja Sarjan Mejar Tentera Udara Republik Singapura. 
Rombongan lawatan kerja tersebut terdiri daripada 04 anggota yang diketuai oleh Senior Warrant Officer Ong Loo Heng, Command Chief Participation Command. 
Aktiviti lawatan tersebut telah dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Organisasi Sekolah Infantri yang disampaikan oleh 13841 PW2 Rezal bin Hj Ismail, Sarjan Mejar Sekolah Infantri bertempat Lecture Theater Sekolah Infantri. Selepas itu, rombongan bergerak menuju ke Pusat Evolusi dan menerima sesi taklimat Organisasi Pusat tersebut yang disampaikan oleh 14801 PW2 Khairul bin Hj Abd Rahman, selaku Sarjan Mejar Sekolah Pusat Evolusi. Rombongan lawatan berkesempatan juga melihat secara lebih dekat perkampungan FIBUA. 
Rombongan lawatan seterusnya bergerak ke Mes PW, SSjn dan Sjn bagi menikmati Jamuan Ringan dan menerima cenderahati kenangan diikuti dengan menandatangani lembaran kenangan. Acara lawatan diakhiri dengan bergambar ramai bersama anggota PW, SSjn dan Sjn Institut Latihan ABDB.
IMG-20191126-WA0029.jpg
thumbnail_IMG-20191126-WA0031.jpg
thumbnail_IMG-20191126-WA0026.jpg
thumbnail_IMG-20191126-WA0027.jpg
IMG-20191126-WA0028.jpg