PENANJONG GARISON, Khamis, 09 Julai 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada pihak Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Rombongan yang diketuai oleh Kolonel (B) Pg Zulkifli bin Pg Haji Ismail, Pengarah PKBN dimulai dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Mejar Khairul Azme bin Awg Hj Mohidin, Pegawai Kompeni Rekrut, IL ABDB bertempat di Bilik Mesyuarat Markas IL ABDB.

Sejurus selepas taklimat disampaikan, lawatan kerja diteruskan lagi dengan melawat ke kawasan Bangunan Kompeni Rekrut dan juga Rumah Masak IL ABDB bagi melihat keadaan tempat tinggal, pengendalian latihan dan juga tatacara makan anggota rekrut mengikut garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan berikutan pandemic COVID-19. Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Pegawai-pegawai IL ABDB di Mess Pegawai Penanjong Garison.
Dengan adanya lawatan kerja ini, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Program Khidmat Bakti Negara dalam sama-sama berbincang dan bertukar pendapat mengenai dengan tatacara pengendalian latihan.