LAWATAN EP1.jpgPenanjong Garison, Khamis, 22 Disember 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengungkayahkan program lawatan bersempena cuti persekolahan penggal akhir yang dikhaskan kepada anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB.

Seramai 30 anak-anak anggota tentera dan awam yang dalam lingkungan umur 07 tahun hingga ke 18 tahun berserta 02 orang penjaga telah mengikuti program pada hari tersebut.

Rombongan lawatan termasuklah Ahli Jawatan Kuasa yang terdiri dari seramai 03 orang Pegawai dan 07 Lain-Lain Peringkat.

Program Lawatan dimulakan dengan menikmati jamuan minum pagi bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison dan diikuti dengan aktiviti pertunjukkan simulasi latihan Meriam Katak serta menembak simulasi senjata P226 dan M16A2 di Pusat Latihan Simulasi (TSC), Penanjong Garison. Lawatan kemudiannya diteruskan lagi dengan lawatan ke Skuadron Kereta Perisai Peninjau, Bn Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei, Penanjong Garison. Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan tengahari bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Program seumpamanya dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB bersempena cuti penggal persekolahan. Ianya sekaligus diharapkan akan dapat memberikan sedikit-sebanyak pengetahuan mereka tentang Institut Latihan serta SKPP, dan juga menyuntik minat serta semangat anak-anak untuk berjinak-jinak dengan kerjaya ABDB.​

LAWATAN EP2.jpg 

LAWATAN EP3.jpg 

LAWATAN EP1.jpg