asaskpm.jpg​Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja, 21 November 2019 – Cawangan Teknologi Maklumat telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Komputer Siri 2/2019 pada petang tadi.  Acara ini telah diadakan di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dengan dihadiri oleh peserta-peserta kursus, tenaga-tenaga pengajar serta ahli-ahli tetap Pusat Evolusi. 

Acara penutup yang diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Dayang Siti Nur’Afiqah binti Haji Awang Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, selaku Tetamu Kehormat. Beliau turut berkesudian untuk menyampaikan Sijil Penuntut Terbaik bagi Kursus Asas Komputer Siri 2/2019 kepada 19920 Sld Mohamad Abdul Hakim bin Beraim dari Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei.
Kursus yang mengambil masa 06 minggu, bermula pada 15 Oktober hingga 22 November 2019, telah dihadiri oleh 15 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 05 anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei.   
Silibus Kursus Asas Komputer merangkumi teori-teori asas komputer, pengurusan fail dan folder menggunakan Windows Operating System, serta kemahiran-kemahiran asas dalam aplikasi Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.  Dengan tamatnya kursus ini, para peserta kursus telah berjaya memperolehi pengetahuan asas mengenai komputer dan setentunya akan dapat mengaplikasikan kemahiran Microsoft Office dengan tatacara yang betul bagi meningkatkan.produktiviti kerja masing-masing.            

asaskpm.jpg