
Ketibaan Yang Berbahagia Dato di
Pusat Latihan Simulasi atau
Training Simulation Centre (TSC), Penanjong Garison telah dialu-alukan oleh
Yang Mulia Kol (B) Muzri Haji Mokhsin, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS).
Selepas sesi taklimat, rombongan menyaksikan latihan simulasi menembak mertak yang mana bilik kawalan tersebut direka khas untuk melatih dan menguji kecekapan anggota tentera yang bertugas sebagai Seksyen Mertak.
Turut dipamerkan ialah bilik utama bagi demonstrasi
Small Arms Training Simulator (SATS). Rombongan juga berpeluang menyaksikan pengendalian latihan menembak simulasi dan juga berkesempatan untuk mencuba sendiri latihan tersebut. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Rombongan Yang Berbahagia Dato turut berkesempatan melawat Kompleks
FIBUA yang disambut oleh Timbalan Komandan IL ABDB. Yang Berbahagia Dato serta rombongan juga berkesempatan melihat bilik kawalan yang terdapat di bangunan
Tower FIBUA diikuti dengan menandatangani lembaran kenangan serta bergambar ramai.




