PENANJONG GARISON, SELASA, 22 MEI 2018. Yang Mulia Kolonel Peter Stitt, Komandan Sekolah Infantri United Kingdom telah membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini. Semasa kunjungan tersebut Yang Mulia Komandan IL ABDB merakamkan penghargaan kepada Komandan Sekolah Infantri United Kingdom di atas kesudian beliau untuk datang ke IL ABDB.

Yang Mulia Komandan Sekolah Infantri United Kingdom berharap dapat berpeluang dalam menjalinkan hubungan kerja rapat dengan Yang Mulia Komandan bagi kepentingan IL ABDB khasnya dan ABDB amnya. Kunjungan Hormat diakhiri dengan bertukar cenderahati bagi tanda penghargaan dan menandatangani lembaran kenangan sebelum meninggalkan IL ABDB.