Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison, 18 Ogos 2022 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia PW1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB dan Yang Mulia PW1 (RSM) Sahrol bin Haji Omar, Regimen Sarjan Mejar IL ABDB.
Semasa kunjungan tersebut, Komandan IL ABDB menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Mulia PW1 (U) Muhd Syahiran bin Haji Abu Bakar di sepanjang menjawat jawatan selaku Sarjan Mejar ABDB sejak 01 Oktober 2020, khususnya khidmat bakti dalam sama-sama membantu mengukuhkan tahap disiplin dan mutu kawad yang tinggi di kalangan warga ABDB.
Kunjungan Perpisahan diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara Sarjan Mejar ABDB dan Komandan IL ABDB dan sesi bergambar ramai.
