PENANJONG GARISON, RABU, 02 MEI 2018. Pada pagi ini, Penanjong Garison dengan kerjasama Unit Tabung Simpanan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan telah menjalankan kempen menderma darah sempena HUT ABDB yang ke-57 tahun. Kempen bertempat di Dewan Hikmah Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kempen ini telah menerima sebanyak 79 penderma daripada Unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan Anggota awam yang bertugas didalam Penanjong Garison.
Seramai 9 anggota dari Unit Tabung Simpanan Darah, Hospital RIPAS hadir dan diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Matusop bin Haji Daud, Penyelia Simpanan Darah Pusat Pendermaan, Perkhidmatan Makmal, Kementeria Kesihatan. Penderma darah akan terlebih dahulu menjalankan pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh wakil kesihatan dari Unit Tabung Simpanan Darah Hospital RIPAS. Dengan adanya kempen ini serba sedikit akan dapat membantu untuk mengukuhkan lagi tabung darah masyarakat bagi kegunaan dan kemanfaatan semua khususnya yang memerlukan.



