WhatsApp Image 2021-07-11 at 8.26.17 PM.jpeg

TUTONG, Khamis, 08 Julai 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti kempen membersihkan kawasan tanah perkuburan di Kampong Sengkarai A dan B sebagai salah satu program khidmat masyarakat sempena Sambutan Jubli Intan ABDB.

Seramai 16 anggota IL ABDB telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan kempen tersebut. Kempen dimulakan dengan aktiviti membersihkan kubur di seluruh kawasan tanah perkuburan dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil.

Kempen membersihkan tanah perkuburan ini adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalah hal ehwal kebajikan dalam melaksanakan sumbangan tenaga dan amal jariah yang bermanfaat.
WhatsApp Image 2021-07-11 at 8.26.15 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-07-11 at 8.26.13 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-07-11 at 8.26.12 PM.jpeg