PERKHEMAHAN PENANJONG, Jumaat, 12 April 2019 – Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Kempen Gotong Royong di Sekolah Rendah Binturan, Penanjong Garison sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan IL ABDB.
PERKHEMAHAN PENANJONG, Jumaat, 12 April 2019 – Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Kempen Gotong Royong di Sekolah Rendah Binturan, Penanjong Garison sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan IL ABDB.Seramai 48 anggota daripada sub-sub unit IL ABDB terlibat dalam kempen ini sebagai usaha untuk membantu penuntut-penuntut dan pihak Sekolah dalam memperindah dan memelihara alam sekitar kawasan sekolah tersebut. Kempen tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Kelab Koperal IL ABDB, 19097 Koperal Abdul Basyir bin Haji Bidin.
Kempen Gotong Royong ini bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama dikalangan anggota IL ABDB khususnya anggota PTB Rendah dan sebagai usaha untuk pembangunan keperibadian anggota-anggota dan sekaligus memberi ruang untuk mereka sentiasa berbakti, memberikan sumbangan kebajikan yang bermanfaat kepada masyarakat.