
Seramai 20 anggota dari Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah hadir menyertai kempen tersebut. Kempen ini adalah sebagai salah satu projek kemasyarakatan yang bertujuan untuk memberikan sokongan dan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga ABDB kepada masyarakat dengan menyumbangkan serta membantu menambahkan lagi simpanan tabung darah negara. Di samping itu, kempen tersebut juga dapat menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada anggota-anggota tentera.
