KG MENTIRI, JALAN KOTA BATU, JUMAAT 25 NOVEMBER 2016 - Kejohanan Merintis Askar Wanita Peringkat ABDB tahun 2016/2017. Kejohanan Merintis Askar Wanita ABDB telah berlangsung di Kawasan Taman Riadah Bukit Mentiri, Kampung Mentiri, Jalan Kota Batu pada hari Jumaat, 25 November 2016. Askar Wanita Institut Latihan (AW IL ABDB) telah mengikuti kejohanan tersebut dan secara keseluruhan telah mendapat tempat Ketiga dalam Acara Berkumpulan.
Seramai 20 orang AW IL ABDB terdiri daripada Pegawai, PTB Kanan dan PTB Rendah telah mengikuti Acara Berpasukan. Tempat pertama dimenangi oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). AW IL ABDB juga turut memenangi beberapa kategori di dalam Acara Terbuka yang dipertandingkan.
Kategori-kategori lain yang di pertandingkan adalah kategori veteran berumur 40 tahun ke atas, kategori umur 35-39 tahun, kategori umur 30 -34 tahun dan kategori 29 tahun ke bawah. AW IL ABDB berjaya merangkul secara keseluruhan bagi kategori terbuka sebanyak 2 gangsa, 21522 LKpl Maizirah bte Mohammad bagi kategori 29 tahun ke bawah manakala 21540 Sjn Kamaliana bte Kamat bagi kategori 30 -35 tahun. Hadir untuk menyampaikan piala kejohanan dan hadiah ialah Yang Mulia Lt Kol Hajah Asnah bte Hj Matamit, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan.
Pada tahun ini Kejohanan Merintis Askar Wanita Peringkat ABDB tahun 2016/2017 disertai oleh 5 pasukan terdiri daripada TDDB, TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), IL ABDB dan KEMENTAH di mana perlawanan yang sehat dan sengit telah ditunjukkan di kelima-lima unit.
