Bolkiah Garison, Jumaat 22 November 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah muncul Juara bagi acara Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita (AW) Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2019 yang diadakan selama tiga hari di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.
Bolkiah Garison, Jumaat 22 November 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah muncul Juara bagi acara Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita (AW) Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2019 yang diadakan selama tiga hari di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.Lima pasukan ABDB terdiri daripada pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), IL ABDB dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menyertai perlawanan tersebut.
Sepanjang perlawanan, IL ABDB telah berjaya menewaskan TUDB dengan jaringan 8-5, menewaskan MINDEF dengan jaringan 10-8 dan telah mendapat keputusan seri dengan TDDB dengan jaringan 7-7 dan TLDB dengan jaringan 6-6.
TDDB muncul sebagai Naib Johan, diikuti dengan TLDB di tempat Ketiga. Manakala, tempat Keempat disandang oleh MINDEF dan TUDB berada ditempat Kelima.
Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Leftenan Kolonel Siti Isah binti Hj Abu Talip dan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan.
Tujuan Kejohanan Bola Jaring AW Peringkat ABDB ialah untuk menggalakkan sikap berdaya saing, meningkatkan semangat berpasukan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim diantara unit-unit yang ikut serta.

