Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Institut Latihan ABDB, 10 Oktober 2016 - Majlis Makan Malam Penghargaan bagi fasilitator dari Singapore Armed Forces of Centre of Leadership Development (SAF CLD); Mr Jeffery Chung, Master Warrant Officer Abdul Jaffar bin Mohamed Kunju dan Military Expert 3 Winson Chioh Soon Heng, telah diadakan di Emperor’s Court Manggis Mall. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada ketiga-tiga fasilitator tersebut setelah selesai melaksanakan bengkel selama enam hari di Institut Latihan ABDB. Bengkel selama empat hari melibatkan seramai 42 orang peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2016, iaitu bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober. Selepas itu, diikuti pula dengan bengkel selama dua hari (Train the Trainer) bagi jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan yang akan berakhir pada 11 Oktober ini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan ABDB. Bengkel yang dikendalikan ini merupakan julung kalinya dikendalikan bersama (SAF CLD). Usaha tersebut dihasratkan dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada PTB Kanan disamping membantu Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan untuk menaik taraf modul yang sedia ada. Selain itu, usaha sama berkenaan juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak yang telah lama terjalin.
Turut dihadiri ke majlis tersebut ialah Timbalan Komandan Institut Latihan ABDB, Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB, Pegawai Perhubungan SAF pegawai-pegawai dan jurulatih yang terlibat. Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada fasilitator jemputan.