gtgryg 2.jpgTUTONG, Jumaat, 04 Disember 2020 – Anggota Sekolah Infantri IL ABDB bersama Ahli Kursus Senjata Ringan IL ABDB telah bekerjasama bergotong-royong melakukan aktiviti amal membersihkan tanah perkuburan orang – orang Islam di Tanah Perkuburan Kampung Suran Daerah Tutong sempena menyambut Hari Ulang Tahun ABDB yang ke 59 tahun.

Seramai 14 Anggota Sekolah Infantri dan 38 Anggota Kursus Senjata Ringan yang terlibat dalam Aktiviti ini yang diketuai oleh Mej Muhd Sharimmy bin Karim, Timbalan Pegawai Turus Cawangan Perkembangan Pembentukkan Latihan Markas IL ABDB. Turut hadir ialah Kapt Mohd Iqbal Arqam bin Haji Abd Rahman, Ketua Cawangan Latihan Peperangan Hutan. Aktiviti membersih kubur diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah.
Aktiviti Keagamaan ini merupakan Projek Amal sempena menyambut Hari UlangTahun ABDB yang ke 59 tahun bertujuan untuk mengingati dan mengenang jasa bekas anggota tentera yang kembali ke Rahmatullah. Disamping itu dapat memupuk sifat kerjasama dan membuat amal kebajikan bagi anggota Sekolah Infantri dan perserta Kursus Senjata Ringan.
gtgryg 1.jpg
gtgryg 3.jpg