rcoy 1.jpegPENANJONG GARISON, Sabtu 15 Ogos 2020 – Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti amal di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, Kuala Belait sebagai kesinambungan projek Titian Amal Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun 2019.

Kerja-kerja membaikpulih tersebut berjalan selama seminggu bermula pada 08 Ogos 2020 yang tertumpu kepada bantuan dari segi tenaga-kerja membaikpulih pagar hadapan dan memucang-mucang membersihkan persekitaran kawasan pusat tersebut bagi keselesaan tenaga pengajar serta penuntut-penuntut pusat tersebut.

Hadir bagi menjayakan aktiviti tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB, Timbalan Komandan IL ABDB beserta Pegawai-Pegawai IL ABDB dan mewakili bagi pihak Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, Kuala Belait ialah Pengiran Kamaruddin Bin Pg Sarnawi wakil kepada Guru Besar serta beberapa tenaga pengajar. Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan penyampaian Taklimat Keselamatan sebelum kerja-kerja amal dilaksanakan.

Selain daripada itu, aktiviti ini adalah juga bertujuan untuk menyemai sikap pemedulian dan prihatan serta mengeratkan silaturahim dikalangan warga ABDB dan masyarakat awam.

RCOY 11.jpeg

rcoy 2.jpeg

rcoy 3.jpeg

rcoy 4.jpeg