100.jpgPENANJONG TUTONG, Jumaat, 23 Jun 2023 - Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telahpun mengadakan Acara Sukan Ria hari ini bagi Pegawai-pegawai, Ahli-ahli Tetap dan Mantan-mantan anggota SPT IL ABDB bertempat di Pantai Pangkalan Pinang, Kampong Penanjong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB.  Turut hadir dalam acara tersebut adalah Timbalan Pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar, ahli-ahli Tetap SPT IL ABDB dan jemputan khas yang terdiri daripada mantan-mantan Pegawai dan PTB-PTB Kanan SPT IL ABDB yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan di dalam ABDB dan yang telah bertukar ke unit luar.

Acara Sukan Ria ini merangkumi lima (05) aktiviti yang dipertandingkan iaitu Chinese Whisper, Lava Walk, berjalan membawa bola ping pong dengan sudu, menyambung kertas yang terpanjang, berjalan membawa guli mengunakan Chopstick dan acara kemuncak iaitu Perlawanan Tarik Kalat diantara gabungan para Pegawai dan mantan-mantan PTB-PTB Kanan menentang ahli-ahli tetap SPT IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan taklimat keselamatan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Keselamatan. Seterusnya sesi pengenalan bersama kumpulan yang bertanding yang terdiri daripada Kumpulan Biru, Hitam, Hijau, Merah dan Kelabu. Sejurus selepas itu, acara sukan ria pun dimulakan. Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang-pemenang kumpulan yangmana juara disandang oleh Kumpulan Hijau, naib juara disandang oleh Kumpulan Hitam, tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Biru, tempat keempat disandang oleh Kumpulan Kelabu dan tempat kelima disandang oleh Kumpulan Merah. Kemudian diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada semua mantan-mantan anggota SPT IL ABDB yang telah menamatkan perkhidmatan (bersara) dan yang bertukar ke unit luar.

Sebelum mengakhiri acara tersebut, Tetamu Kehormat telahpun meluangkan masa bersama seluruh warga SPT IL ABDB untuk memberikan sedikit kata-kata ucapan serta tahniah di atas kejayaan semua anggota yang bertungkus lumus dalam menjayakan Acara Sukan Ria berkenaan.

Acara ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta meningkatkan tahap kecergasan dikalangan warga SPT IL ABDB bersama Pegawai-pegawai dan disamping itu juga dapat memperingati jasa mantan-mantan anggota SPT IL ABDB yang telah memberikan perkhidmatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta mencurahkan bakti dengan jujur, amanah dan ikhlas semasa bertugas di SPT IL ABDB.

101.jpg102.jpg103.jpg104.jpg105.jpg106.jpg107.jpg108.jpg