Perkhemahan Penanjong, Khamis 21 November 2019 – Peserta kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar Sesi 2019 telah mengungkayahkan Aktiviti Amal Gotong Royong bertempat di Balai Pengawal Penanjong Garison. Turut hadir ialah Regimen Sarjan Mejar Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei PW1 Shahrul bin Hj Omar, aktiviti telah dimulakan dengan penanaman pokok durian di kawasan balai pengawal.Adapun tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim diantara ahli kursus serta jurulatih-jurulatih dan anggota-anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei melalui aktiviti berunsurkan kemasyarakatan. Ianya juga dapat memperkasa semangat gotong royong membersihkan alam sekitar perkhemahan. Aspek kebersihan dan kesihatan tidak boleh dipandang ringan kerana jika berlaku jangkitan penyakit seperti demam denggi yang boleh mengundang bahaya kepada masyarakat.

