Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA ATASE PERTAHANAN, KEDUTAAN BESAR THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

2023.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 02 Februari 2023 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) menerima kunjungan muhibah daripada Senior Colonel Khanchit Wichaworn, Atase Pertahanan, Kedutaan Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih dan Ejutan IL ABDB.

Semasa kunjungan tersebut, YM Komandan IL ABDB mengalu-alukan kunjungan Senior Colonel Khanchit Wichaworn ke IL ABDB. Kedua-dua belah pihak kemudian menyatakan rasa penghargaan di atas hubungan baik dan kerjasama yang sudah sekian lama terjalin di antara kedua angkatan tentera khususnya penglibatan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand dalam mengikuti Kursus Bahasa Inggeris sejak tahun 2013 yang diadakan di Pusat Evolusi, IL ABDB. 

Kedua-dua belah pihak juga mengambil peluang untuk berbincang mengenai interaksi dalam pelbagai bidang kerjasama antaralain termasuk kursus, pertukaran lawatan, pertukaran profesional dan latihan.
2023 1.jpg COMMANDANT OF TRAINING INSTITUTE RBAF RECEIVES CALL FROM DEFENCE ATTACHÉ, EMBASSY OF THAILAND TO BRUNEI DARUSSALAM

PENANJONG GARRISON, Thursday, 02 February 2023 – Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), received a call from Senior Colonel Khanchit Wichaworn, Defence Attaché, Embassy of Thailand to Brunei Darussalam today. Also in attendance were Deputy Commandant, Chief Instructor and Adjutant of TI RBAF.

During the call, Commandant of TI RBAF welcomed Senior Colonel Khanchit Wichaworn to TI RBAF. Both sides then expressed their appreciation and pleasure on the existing bilateral relationship between the two military institutions particularly on the continuous participations of the Royal Thai Armed Forces attending the English Language Course since 2013 conducted by Evolution Centre of TI RBAF.

Both sides also took the opportunity to discuss on enhancing interactions in various areas of cooperation which amongst others include courses, exchange of visits, professional exchanges and trainings.