Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE – 14 TAHUN

90009.pngPenanjong Garison, Rabu, 11 Januari 2023 - Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) menyambut Hari Ulang Tahun ke – 14 buat julung kali nya pada hari ini dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada enam puluh (60) anggota tentera dan tiga (03) kakitangan awam di Padang Kawad SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Turut hadir semasa perbarisan tersebut ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai, Ahli-ahli Tetap, kakitangan awam SPT IL ABDB dan peserta-peserta kursus.

Sejurus ketibaan Tetamu Kehormat Majlis, upacara dimulakan dengan tabik hormat dan pemeriksaan kawalan perbarisan terdiri daripada gabungan anggota-anggota dari Markas SPT IL ABDB, Cawangan Latihan Logistik, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Cawangan Latihan Kewangan, Cawangan Latihan Memandu, Cawangan Latihan Kerani, Cawangan Latihan Membaca Peta dan Cawangan Latihan Kesihatan dan Keselamatan Kerja yang diketuai oleh 1331 Leftenan Nur Farahin binti Nordin.

Upacara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan perutusan daripada Tetamu Kehormat Majlis. Di dalam perutusan beliau, beliau percaya dengan komitmen dan semangat yang beriltizam SPT IL ABDB akan dapat mencapai misi untuk melahirkan anggota-anggota yang kompeten, mahir dan berkeyakinan dalam memenuhi keperluan operasi ABDB serta visi untuk menjadikan Sekolah Pertukangan Tentera yang diiktiraf oleh Negara Brunei Darussalam setanding dengan Sekolah Pertukangan Tentera di negara-negara serantau. Beliau juga tidak lupa merakam setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua lapisan pemimpin, prajurit dan pranita yang pernah bertugas di SPT IL ABDB sebelum ini dan juga penghargaan serta ucapan tahniah kepada semua jurulatih-jurulatih dan ahli-ahli tetap SPT yang telah telah berusaha untuk menjadikan SPT sebagai sebuah sekolah tentera yang kredibel. Upacara diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan sesi bergambar ramai. Sehubungan dengan itu, antara aturcara yang diadakan sempena Hari Ulang Tahun SPT IL ABDB ke-14 adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran yang diadakan di Bilik Masyuarat SPT IL ABDB, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang,​ Imam Surau Al Hikmah, Penanjong Garisson. 

90005.jpg

90006.jpg90007.jpg90008.png

90009.png