Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JERAYAWARA PERUMAHAN & KEDIAMAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


Penanjong Garison, Jumaat 18 November 2022 -  Jabatan Perumahan dan Kediaman, Jabatanarah Logistik dengan kerjasama daripada Pejabat Perumahan, Penanjong Garison telah mengadakan Jerayawara Perumahan & Kediaman Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison. 

Jerayawara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh 50603 LKpl Mohd Syafiq Naqiuddin bin Mohd Zaidi dan diteruskan dengan penyampaian taklimat keselamatan kebakaran daripada SSjn Rozidi bin Katong, Ketua Balai Bomba, Pasukan Bomba dan Keselamatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison, diikuti dengan taklimat daripada Hernidah binti Juli, Pembantu Kesihatan, kesihatan alam sekitar dari Unit Kesihatan Alam Sekitar (Hygiene). Seterusnya penyampaian taklimat perumahan daripada Mejar Haji Mohd Amin bin Haji Mahmud, Pegawai Turus Perumahan dan Kediaman mengenai dasar yang terkandung dalam Peraturan Kediaman dan Perumahan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang telah dikemaskinikan oleh Jabatan Perumahan dan Kediaman Jabatanarah Logistik,  Kementerian Pertahanan.

Adapun taklimat ini diadakan adalah untuk memastikan semua penghuni mengetahui peraturan perumahan yang telah dikemaskinikan dan dikeluarkan pada tahun 2022. Selain itu, untuk mengetahui tatacara yang betul dalam mengambil tindakan yang bersesuaian jika berlakunya kecemasan seperti kebakaran dan memberikan peringatan kepada penghuni tentang pentingnya menjaga kesihatan alam sekitar serta kebersihan dan kesihatan. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab antara penghuni-penghuni dengan ahli-ahli panel.