Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PERTENGAHAN DAN LANJUTAN PEMANDU SESI 2022


07.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 11 Nov 2022 – Majlis Penutupan Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Iveco CLM SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Mejar Hj Arslan bin Hj Yacub @ Ya'akub, Pegawai Memerintah, Kompeni Pentadbir IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Ketua-ketua Cawangan dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.  

Kursus Pertengahan dan Lanjutan Sesi 2022 ini dikendalikan selama enam (06) minggu bermula daripada 30 Sept 2022 hingga 11 Nov 2022 dan disertai seramai dua puluh dua (22) anggota yang terdiri daripada enam belas (16) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, dua (02) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, satu (01) anggota dari Institut Latihan ABDB, satu (01) anggota dari Rejimen Pasukan Khas dan dua (02) anggota dari Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada wakil peserta kursus 18345 Lkpl Awg Hamdillah bin Awg Hj Amit, Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 13501 PW2 Pg Hj Mohd Malek Faishal Noorislam bin Pg Hj Omarali, Ketua Pengendali, CLM SPT IL ABDB.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian lencana, sijil dan pengumuman Penuntut Terbaik Tatacara Mengajar yang disandang oleh 17257 Lkpl Hj Md Yussof bin Hj Mat Yassin daripada Kend Pskn KBK TDDB dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50157 Lkpl Muhd Raimi bin Hj Roslan daripada Kend Pskn KBK TDDB. Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus dan apa yang diharapkan agar pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari, sebagai pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kecekapan, kemahiran serta professionalisma dalam menaikkan kemampuan individu dan juga organisasi unit.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 18345 Lkpl Awg Hamdillah bin Awg Hj Amit seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.

08.jpg09.jpg