Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KMSR/RQMS SESI 2022


01.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat 11 Nov 2022 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kuarter Master Sarjan Rejimen (KMSR/RQMS) Sesi 2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog SPT IL ABDB).

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abd Mubin bin Haji Timbang, Pegawai Turus Logistik, Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Lt Kol (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB, Ketua-ketua cawangan SPT, para jemputan unit dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Logistik.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya mandatori yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mahupun agensi luar yang mana melalui kursus ini peserta-peserta kursus telah diberi tugasan dan kertas kerja untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan didalam pentadbiran organisasi dan juga pengurusan perakaunan stor.

Kursus KMSR/RQMS Sesi 2022 ini telah dikendalikan selama Enam (06) minggu bermula pada 03 Oktober 2022 hingga 11 November 2022.  Seramai Tiga Belas (13) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan Kursus ini yang terdiri daripada Lima (05) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Satu (01) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Satu (01) anggota dari Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Satu (01) anggota dari Rejimen Pasukan Khas (RPK), Empat (04) anggota daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Satu (01) anggota dari Pasukan Simpanan Gurkha (PSG).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Maidah, Ayat 8-11 yang dibacakan oleh 15979 SSjn Abd Aziz bin Hj Awg Esri wakil peserta kursus daripada unit Jabatan Agama ABDB.  Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan kursus daripada Jurulatih Pengendali kursus, 21100 PW2 Noor Asmahwahni binti Yanau.  Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Penuntut Terbaik Teori sekaligus menyandang Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus KMSR/RQMS Sesi 2022 disandang oleh 0414 PW2 Abd Wafiy bin Yacob dari unit PSG, manakala Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 16198 SSjn Roslan bin Merali dan Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 16883 SSjn Hj Muhammad Shafie bin Haji Mohamad.

Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus dan berpesan untuk mempertingkatkan nilai pengetahuan di dalam bidang Kuarter Master yang kompeten serta memastikan pentadbiran organisasi dan pengurusan di dalam stor atau gudang serta perakaunan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berakauntabiliti.  Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Majlis perasmian penutupan kursus diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai. 

02.jpg

03.jpg

04.jpg

05.jpg

06.jpg