Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022 KE ROYAL BRUNEI CULINARY

Lambak Kanan - Khamis, 16 September 2022, Program lawatan sambil belajar ke Royal Brunei Culinary (RBC) bagi peserta kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Keterer Sesi 2022 telah di sambut oleh Yang Mulia Hajah Amal Aqilah binti Hj Ariffin selaku Acting Assistant Manager,Business Development Unit, Royal Brunei Culinary. Objektif Lawatan adalah untuk mendedahkan tatacara aliran proses dan kaedah memasak dengan resepi yang lebih diperkemaskan serta pendedahan kepada tatacara dalam penyediaan makanan. Dalam sesi taklimat yang disampaikan juga ada meringkaskan tentang permakanan yang dibekalkan bagi Aviation, Healthcare & Hospitality.  

Selesai daripada taklimat peserta kursus bersama jurulatih diberikan peluang bagi melawat ke bahagian dapur pusat dengan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.  Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai dan pemberian cenderamata kepada pihak RBC sebagai kenang-kenangan.