Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DIADAKAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443 HIJRAH PERINGKAT PENANJONG GARISON

WhatsApp Image 2022-05-04 at 8.50.00 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, Jumaat, 29 April 2022 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan sempena bulan Ramadhan 1443 Hijrah Peringkat Penanjong Garison bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis ini adalah kemuncak acara-acara Tadarus Al-Quran yang diadakan di sepanjang bulan suci Ramadan 1443H. 

Majlis Khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ini bertujuan untuk meraih keberkatan yang terdapat di bulan suci ini melalui pembacaan 30 juzuk Al-Quran serta terus memberi galakan kepada warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk mengamalkan membaca Al-Quran.

Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, PTB-PTB kanan dan anggota-anggota gabungan unit di Penanjong Garison. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan ABDB.
WhatsApp Image 2022-05-04 at 8.50.00 PM (1).jpegKHATAM AL-QURAN CEREMONY HELD IN CONJUNCTION WITH RAMADHAN 1443 HIJRAH AT PENANJONG GARRISON

PENANJONG GARRISON, Friday, 29 April 2022 - A Khatam Al-Quran ceremony was held in conjunction with the holy month of Ramadhan 1443 Hijrah at the Penanjong Garrison level at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. This ceremony concludes the various Tadarus Al-Quran events held during the holy month of Ramadhan 1443H.

The Khatam Al-Quran ceremony is aimed to gain the blessing of the holy month of Ramadhan through the recitation of the 30 juzu’ of Al-Quran as well as to promote the reading of Al-Quran amongst Royal Brunei Armed Forces personnel in their daily lives.

The ceremony was attended by Yang Mulia Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Acting Deputy Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) along with senior officers, officers, senior NCOs and personnel from the units in Penanjong Garrison. Similar events of the Khatam Al-Quran ceremony were also held concurrently at various RBAF camps and garrisons for this year’s Ramadhan.