Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYAWAL 1443 HIJRAH PERINGKAT PENANJONG GARISON

20.jpgPENANJONG GARISON, Ahad, 01 Mei 2022 – Majlis Malam Takbir Hari Raya sempena menyambut kedatangan bulan Syawal 1443 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat gabungan yang terdiri daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), Sekolah Infantri TDDB (SI TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB).

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah dan diteruskan dengan laungan Takbir Hari Raya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Imam Surau Al-Hikmah.

Majlis Takbir Sempena Hari Raya Aidilfitri diadakan adalah bagi menghidupkan malam Hari Raya Aidilfitri serta meraikan kedatangan bulan Syawal 1443 Hijrah bagi menandakan kemenangan seluruh umat Islam setelah mengharungi cabaran dan dugaan melaksanakan ibadah di bulan suci Ramadhan.

PENANJONG GARRISON HOLDS TAKBIR RAYA TO MARK THE START OF THE MONTH OF SYAWAL 1443 HIJRAH

PENANJONG GARRISON, Sunday, 01 May 2022 – To mark the start of month Syawal 1443 Hijrah Penanjong Garrison held an event Takbir Raya at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

Present as the guest of honor was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces. Also present was Senior Officers, officers and other ranks combination of Training Institute Royal Brunei Armed Forces, Support Battalion Royal Brunei Land Force, School of Infantry Royal Brunei Land Force and Combat Service Support Royal Brunei Land Force.

The event started with Isya' Prayers followed by Takbir RayaAidilfitri lead by the Imam of Surau Penanjong Garrison. The event then concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.

Other than marking the start of the month of Syawal, the event was held to celebrate the victory of all muslims after completing the Fasting month of holy Ramadhan.


21.jpg