Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB

WhatsApp Image 2021-12-30 at 12.09.15 PM.jpeg

TUTONG, Selasa, 28 Disember 2021 – Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti Kempen Membersihkan Masjid pada hari ini yang bertempat di Masjid Kampong Penanjong di Daerah Tutong. Kempen kebersihan ini adalah sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan telah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Seramai 11 anggota IL ABDB telah menyumbangkan tenaga dan bergotong royong bagi menjayakan kempen tersebut. Turut hadir sama dalam kempen kebersihan tersebut ialah Imam Masjid Kampong Penanjong dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Kampong Penanjong. 

Kempen membersihkan masjid ini adalah sebagai salah satu program khidmat masyarakat dalam usaha untuk membersihkan dan memperbaiki penampilan bukan sahaja di dalam masjid tetapi juga di persekitaran masjid sekali gus mempromosikan kebersihan sesuai dengan protokol kebersihan mengikut prosedur pengawalan penyakit berjangkit COVID-19 pada masa ini. 
WhatsApp Image 2021-12-30 at 12.09.16 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-12-30 at 12.09.16 PM.jpeg
111.jpg