Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH ABDB BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-167 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-56

PR rek.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis 5 Ogos 2021 – Sesi perjumpaan Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah bin Hj Sahat bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-56 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Sesi perjumpaan tersebut bertujuan bagi permuzakarahan secara langsung dengan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-167 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-56 yang dijadualkan akan menamatkan latihan dalam masa terdekat ini.
Sesi perjumpaan Yang Mulia Pemerintah ABDB didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Sukaimi bin Hj Abdullah, Guru Ugama Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. 

Semasa Sesi Perjumpaan tersebut,Yang Mulia Pemerintah ABDB telah menyentuh dan menekankan beberapa perkara, diantaranya ialah isu disiplin yang mana, terdapat beberapa kes disiplin yang dapat dijadikan sebagai iktibar kepada rekrut semasa berada di unit masing-masing nanti.

Yang Mulia Pemerintah ABDB juga telah menasihati bahawa kerjaya seorang tentera bukan hanya pada luaran tetapi hendaklah dijiwai.
 
Selain daripada itu, Yang Mulia Pemerintah ABDB juga menyentuh berkaitan pentingnya kerohanian pada seseorang tentera. Dengan adanya kekuatan rohani, ianya boleh menghindari seseorang tentera itu daripada melakukan perkara keji dan mungkar. 

Yang Mulia Pemerintah ABDB juga menyentuh tentang penyalah gunaan teknologi, iaitu budaya ‘viral’ dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih, kerana ianya dapat mengundang fitnah serta pelanggaran sekuriti. 

Diakhir kalam, Yang Mulia Pemerintah ABDB telah menekankan kepada Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-167 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-56 untuk sentiasa menjadi seorang muslim yang baik dengan tidak meninggalkan Sembahyang, zikir harian dan sentiasa menjaga tanggungjawab sebagai seorang tentera dan seorang Islam yang sebenar-benar Islam. 

Sebelum sesi perjumpaan berakhir, sesi soal jawab dibukakan kepada rekrut bagi mengemukakan pandangan dan hal- hal berbangkit dan sesi diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
PR REK 2.jpg
PR REK 3.jpg
PR REK 4.jpg