Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERJUMPAAN YANG MULIA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-167 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-56

WhatsApp Image 2021-07-13 at 1.36.04 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, Isnin 12 Julai 2021 – Sesi perjumpaan Yang Mulia Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-56 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Yang Mulia Komandan dalam perjumpaan tersebut menyentuh tentang keperibadian yang perlu ada dalam diri seorang tentera agar menjadi anggota tentera yang kompeten, cekap, responsif dan efisien setelah menamatkan latihan rekrut. 

Selain itu, beliau juga menitikberatkan empat perkara asas yang merealisasikan keperibadian tersebut iaitu pertama, menjadi anggota yang berdisiplin, patuh pada perintah dan hukuman serta undang-undang ABDB dan Negara. Kedua, menjadi anggota tentera yang patuh kepada sekuriti dengan menjaga integriti ABDB amnya dan Negara khasnya. Ketiga, menjadi anggota tentera yang mempunyai tahap fizikal dan kesihatan yang optima dan konsisten dan yang paling penting ialah sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai kerohanian iaitu taat kepada kedua ibu bapa dan taat kepada Ulil Amri. 

Sesi diakhiri dengan bacaan doa penutup.
WhatsApp Image 2021-07-13 at 1.36.03 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-07-13 at 1.36.04 PM (1).jpeg