Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN 1442 HIJRAH / 2021 MASEHI PERINGKAT PENANJONG GARISON

khatam il 3.png

PENANJONG GARISON, Selasa, 11 Mei 2021 - Majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan 1442 Hijrah / 2021 Masehi bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hasan, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta warga Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Naas. Manakala bacaan takhtim dan doa khatam telah dipimpin oleh Yang Mulia Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah. Majlis seterusnya diserikan dengan bacaan dikir marhaban serta menyerahkan bunga telur oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan Ketua Jurulatih.  Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Imam Surau Al-Hikmah.

khatam il 2.png

khatam il 1111.jpg