Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS BERBUKA PUASA PTB-PTB KANAN BERSAMA MANTAN-MANTAN SARJAN MEJAR REJIMEN, SARJAN MEJAR GARISON DAN SARJAN MEJAR GARISON INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BOI_0230.JPG

PENANJONG GARISON – Rabu, 05 Mei 2021 – Majlis Berbuka Puasa PTB-PTB Kanan bersama Mantan-Mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR), Sarjan Mejar Garison (SMG) dan Sarjan Mejar Kawad (SMK) Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia PW1 (SMR) Sahrol bin Omar, SMR IL ABDB. Turut hadir ialah SMG dan SMK, IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil khusus ditujukan kepada anggota-anggota yang telah kembali kerahmatullah diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan sesi bergambar ramai. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada mantan-mantan SMR, SMG dan SMK IL ABDB.

Adapun majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan sekaligus mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di antara mantan-mantan SMR, SMG dan SMK IL ABDB dengan PTB-PTB Kanan yang baru.BOI_0238.JPGBOI_0252.JPG BOI_0257.JPG BOI_0260.JPG