Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SUKAN RIADAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-52

WhatsApp Image 2021-04-08 at 10.02.13 PM.jpeg

PENANJONG GARISON – Khamis, 08 April 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Sukan Riadah sempena Hari Ulang Tahun IL ABDB ke-52 bertempat di Trek Hiking Bukit Si Bundang, IL ABDB.

Tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah Yang Mulia 439 Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir dalam memeriahkan suasana acara tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Komandan IL ABDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, sarjan mejar rejimen, sarjan mejar garison dan warga IL ABDB Tentera dan Awam.
 
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh 51125 LKpl Hamirul bin Hamdani, Jurulatih Jasmani IL ABDB diikuti dengan sesi pemanasan badan yang dikendalikan oleh 50527 LKpl Amirul Haziq bin Shahrin, jurulatih jasmani IL ABDB. Acara diteruskan dengan berjalan sejauh 2.8km dan diakhiri dengan sesi penyejukan badan oleh 50184 LKpl Mohd Rahimin bin Mohd Azri Jurulatih Jasmani, IL ABDB dan ditutup dengan sorakan maju sukan oleh 17315 SSjn Awang Abdul Adib bin Haji Budin, Jurulatih Jasmani IL ABDB selaku Timbalan Pengerusi bagi Sukan Riadah IL ABDB.

Adapun acara ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan suasana harmoni diantara semua peringkat dan warga IL ABDB Tentera dan Awam di samping memeriahkan lagi suasana sambutan HUT IL ABDB ke-52.
WhatsApp Image 2021-04-08 at 10.02.12 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-08 at 10.02.11 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-08 at 10.03.45 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-08 at 10.02.12 PM.jpeg