Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ACARA PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTITUT LATIHAN ABDB KE 52 TAHUN

HUT IL ABDB.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 07 April 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) menyambut hari ulang tahun ke-52 hari ini dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 552 anggota tentera dan 30 kakitangan awam di Padang Kawad Markas Institut Latihan ABDB.

Acara dimulakan dengan Tetamu Kehormat, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan ABDB menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota IL ABDB di bawah perintah ketua perbarisan, Yang Mulia Mejar Pengiran Ja’afarudin bin Pengiran Tejudin.

Seterusnya, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan ABDB menyembahkan ucapan setinggi-tinggi perhargaan dan menjunjung kasih serta mengulangi ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di atas kurnia, kepimpinan dan sumbangan yang dihulurkan kepada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Dalam perutusan beliau, Yang Mulia Komandan IL ABDB menekankan mengenai kerohanian yang mana IL ABDB selaku institusi latihan yang berperanan untuk melahirkan anggota tentera yang berkualiti, warga IL ABDB perlu mendampingi diri dengan Kitab Allah dan menjadikannya panduan agar dapat melatih dan memimpin ke arah jalan yang lurus dan betul serta diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala. Beliau juga menyampaikan bahawa IL ABDB akan terus mengutamakan dan mempratikkan sikap pemedulian terhadap anggota-anggota yang bertujuan untuk menjaga moral dan kesejahteraan agar tidak anggota-anggota merasa tersisih malahan akan rasa dihargai. Beliau juga menyeru warga IL ABDB untuk mengamalkan Work Life Balance yang efisien dan profesional sesuai dengan kemampuan dan kemahiran sejajar dengan pangkat, perjawatan dan kredibiliti masing-masing.

Yang Mulia Komandan IL ABDB juga menekankan bahawa penyerapan nilai-nilai teras ABDB iaitu Taqwa, Setia, Berani dan Profesional adalah penting dalam melahirkan ciri-ciri kepimpinan yang dihasratkan untuk menjalankan amanah dengan profesional dan mengelakkan dari melakukan kepincangan dan anasir-anasir negatif. Sehubungan dengan itu, beliau juga menyeru kepada semua jurulatih agar sentiasa menjaga Standard of Regimentation dari semua aspek etika kerja, disiplin dan tatasusila serta adat resam semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab. 

Acara seterusnya diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ramai.
HUT IL ABDB.jpg
HUT IL ABDB 2.jpg
HUT IL ABDB 3.jpg