Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

INSTITUT LATIHAN ABDB MENGADAKAN MAJLIS PENGAGIHAN BUAH KURMA

KURMA.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Mac 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Pengagihan Buah Kurma Safawi Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menjelangnya bulan Ramadhan Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi. Majlis berlangsung di Markas IL ABDB.

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan buah kurma ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada wakil-wakil setiap unit di IL ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh LKpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
KURMA  2.jpg 
KURMA 1.jpg 
KURMA  3.jpg 
KURMA  4.jpg
TRAINING INSTITUTE RBAF HELD DATES DISTRIBUTION CEREMONY

PENANJONG GARISON, Wednesday, 22 Mac 2023 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held distribution of Safawi dates – kurnia peribadi (personal gift) from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam – today at TI RBAF’s Headquarters in conjunction with the month of Ramadhan 1444 Hijrah / 2023.

Present at the ceremony to distribute the dates was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and followed by the distribution of dates to representatives of every unit in TI RBAF. The ceremony concluded with a Doa Selamat recited by LKpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).