Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 4/2022

0.001.jpgINSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB), Selasa, 21 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 4/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bermula pada 06 Mac 2023 hingga 21 Mac 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Mejar Muhammad Khairulanwar bin Abdul Latif, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut IL ABDB, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Cawangan CLKwgn SPT IL ABDB, Pegawai-pegawai jemputan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-jurulatih CLKwgn, SPT IL ABDB.

Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 4/2022 yang bertujuan untuk melayakkan peserta kursus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-Unit ABDB ini telah dikendalikan selama dua minggu dua hari bermula daripada 06 Mac 2023 hingga 21 Mac 2023. Seramai tiga puluh (30) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada dua belas (12) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dua (02) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), enam (06) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), satu (01) anggota daripada Markas Angkatan Bersama (MAB), dua (02) anggota daripada Rejimen Pasukan Khas (RPK), dua (02) anggota daripada IL ABDB, empat (04) anggota daripada Kementerian Pertahanan dan satu (01) anggota awam daripada Pentadbiran Awam Tutong Kem.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Isra, Ayat 25 hingga 28 daripada wakil peserta kursus, 16528 PW2 Mismazeri bin Haji Ramli daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Jurulatih Pengendali Kursus, 21542 Sarjan Sariana Wajihah binti Haji Sahri.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 15610 PW2 Azmi Hassanal bin Awang Damit, TLDB. Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari sebelum pengauditan dalaman dijalankan serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh wakil peserta kursus, 16528 PW2 Mismazeri bin Haji Ramli darpada JAMA'AT.

0.002.jpg

0.003.jpg