Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 02/2022

PW1.jpgPENANJONG GARISON, KHAMIS, 16 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2022 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, guru-guru, PTB-PTB Kanan dan jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 13884 PW2 Sulaiman bin Haji Yusof, TLDB dan diteruskan dengan bacaan Ayat Al-Quran, Surah Al-Maidah daripada ayat 08 hingga 11.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada 16191 PW2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir, wakil peserta kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2022 dan diikuti dengan penyampaian sijil-sijil kepada peserta-peserta kursus dan anugerah terbaik.

Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 13982 PW2 (U) Pengiran Ezry Mohammad Ali Nazib bin Pengiran Jalil dan Anugerah Penuntut Terbaik Penerbitan Esei Individu disandang oleh 21303 PW2 Hajah Sukarni binti Haji Gimbol. Manakala, Anugerah Penuntut Terbaik Pembentangan Individu dan Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 15575 PW2 Mohammad Sallehuddin bin Haji Sulaiman.

Anugerah Sindiket Terbaik Keseluruhan disandang oleh Sindiket 3 dan Anugerah Sindiket Terbaik Penerbitan Kertas Kerja dan Pembentangan Kertas Kerja disandang oleh Sindiket 3A. Manakala, Sindiket Terbaik Amali dirangkul oleh Sindiket 1.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada peserta kursus Kepimpinan dan Pengurusan Siri 02/2022 kerana telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menekankan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan ini berperanan untuk mengasah dan membangun nilai dan ciri-ciri kepimpinan serta keperibadian akhlak sebagai seorang pemimpin berpaksikan kepada nilai-nilai teras dan ciri-ciri kepimpinan ABDB. Ini adalah amat penting untuk ditanamkan kepada setiap ahli kursus agar menjadi seorang PTB Kanan yang berkebolehan, berkeupayaan, efficient dan kompeten demi membantu mentadbir dan mempimpin anggota di bawah kepimpinan masing-masing selaku aset yang penting kepada pegawai-pegawai dan organisasi.

Disamping itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyeru untuk melaksanakan peranan masing-masing dengan penuh amanah dan kejujuran. Beliau turut menyatakan sebagai seorang pemimpin yang diberikan amanah dan kepercayaan perlulah melaksanakan tanggungjawab dengan profesional dan berintegriti serta berketerampilan yang tinggi sebagai contoh kepada anggota-anggota di bawah kepimpinan masing-masing. Selain itu beliau turut menyentuh kepentingan kursus ini untuk menjadi satu landasan bagi kemajuan dengan berkongsi ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut dengan penuh bijaksana melalui pemikiran yang dinamik dan inovatif serta critical thinking agar dapat menyumbang kepada merealisasikan misi dan visi organisasi masing-masing. 

Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian mengakhiri ucapannya dengan perasmian penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2022. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Yang Mulia 13884 PW2 Sulaiman bin Haji Yusof, TLDB dan sesi bergambar ramai.

CLOSING CEREMONY FOR WARRANT OFFICER LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE

SERIAL 02/2022


PENANJONG GARISSON, THURSDAY, 16 March 2023 – The Closing Ceremony for Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 01/2022 was held this morning at Halbi Lecture Room, Evolution Center, Training Institute Royal Brunei Armed Forces.

In attendance as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were invited senior officers from various RBAF units, officers, teachers, Senior Non-Commissioned Officers and Leadership and Management Instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by Yang Mulia 13884 PW2 Sulaiman bin Haji Yusof, TLDB and was followed by the recitation of Quran, Surah Al-Maidah from verse 08 to 11.

The occasion continued with the delivery of speech from 16191 WO2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir, the representative of the course participants. The event then continued with the presentation of certificates to the course participants as well as the presentation of the Best Award.

Best Overall Student Award goes to 13982 WO2 (U) Pengiran Ezry Mohammad Ali Nazib bin Pengiran Jalil and Best Student in the Publication of Essay goes to 21303 WO2 Hajah Sukarni binti Haji Gimbol. Whereas, Best Student in the Presentation of Essay and Best Student in Theory goes to 15575 WO2 Mohammad Sallehuddin bin Haji Sulaiman.

Whilst also, Best Overall Syndicate goes to Sindiket 3 and Best Syndicate in the Publication and Presentation in Working Papers goes to Syndicate 3A. Meanwhile, Syndicate 1 received the Best Syndicate Practical Award.

The Guest of Honour then congratulated the Warrant Officer Leadership and Management Course Participant Serial 02/2022 for successfully completing their course. In his speech, the Guest of Honour emphasize the role of Leadership and Management course in enhancing and developing values, leadership character and personal traits based on RBAF Core Values and Leadership characteristics. This is essential for a non-commission officer (NCO), a significant asset to officers and organisation, to be more competent, capable, efficient in aiding matters pertaining administration and leading personnel in respective units.

The Guest of Honour also highlighted that leaders need to execute their duties and responsibilities with honesty and trustworthiness. He also stated that with leaders being given trust and confidence, there is a need to execute responsibilities with a degree of professionalism and integrity as well as having the highest personal conduct as a role model to those we lead. In addition, the Guest of Honour also stated the of this course as a way to progress, sharing of knowledge and then to apply it wisely through dynamic, innovative and critical way of thinking. This is in order to contribute to the realization of mission and vision of respective organization.

The Guest of Honour then ended his speech by formally close the Warrant Officer  Leadership and Management Course Serial 01/2022. The event ended with the recitation of Doa by Yang Mulia 13884 WO2 Sulaiman bin Haji Yusof, TLDB  and group photo.

PW2.jpg


PW3.jpg


PW4.jpg