Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE OPENING CEREMONY OF THE INAUGURAL ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TRAINING CONFERENCE 2022

Penanjong Garrison, Tuesday, 11 October 2022 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) hosted The Inagural Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Training Conference 2022. The event was officiated by Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF. Also present were representatives from all Training Units across RBAF as well as Training Units from other government agencies and higher educational institutions. 

The conference will be a three (03) days event starting from Monday, 11 October 2022 to Thursday, 13 October 2022, held at Halbi Lecture Theater, Evolution Centre, TI RBAF, Penanjong Garrison. Speakers with various training background from Ministry of Defence (MINDEF) Directorates, Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), TI RBAF and other government agencies namely The Royal Brunei Police Force, Prison Department, Fire and Rescue Department Brunei, Institute of Brunei Technical Education (IBTE), Technical and Vocational Education and Training (TVET) and Jungle Warfare Division, British Forces Brunei were invited to the conference.

Under the theme of “Collaboration and Synergy in Delivering Defence Tasks”, the Training Conference is aimed to become a platform for training dialogue between training authorities, providers and other stakeholders within RBAF as well as other agencies, in creating, enhancing and diversifying the bridge of cooperation to a more sustainable and resilient partnership, in order to produce quality and relevant training which will contribute to producing personnel capable of addressing current and new emerging security challenges.
 
During the opening ceremony, the Guest of Honour, highlighted that with the current security ecosystem and the emergence of non traditional security threats, it is time for the RBAF to diversify its existing practical cooperation to a more collaborative and synergise, as well as  sharing views, perspectives and best practices among training organisations, not only within RBAF but also with other external partners and stakeholders in order to effectively deliver RBAF Defence Tasks highlighted in the Defence White Paper 2021.




MAJLIS PERASMIAN THE INAUGURAL ROYAL BRUNEI ARMED FORCE TRAINING CONFERENCE 2022

Penanjong Garison, Selasa 11 Oktober 2022 – The Inaugural Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2022 dihoskan oleh Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini. Persidangan tersebut telah dibuka rasmi oleh Leftenen Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah wakil-wakil dari unit latihan ABDB, unit latihan agensi luar dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Persidangan tersebut diadakan selama tiga (03) hari mulai hari Isnin, 11 Oktober 2022 hingga hari Khamis, 13 Oktober 2022 bertempat di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, IL ABDB, Penanjong Garison. Para pembentang persidangan terdiri daripada Pegawai-pegawai daripada unit-unit Latihan dalam ABDB serta jemputan dari agensi-agensi luar iaitu Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, dan Jungle Warfare Division, British Forces Brunei yang mempunyai kepakaran dan latar belakang Pakar Bidang Latihan dan Pembangunan.

Tema persidangan yang julung kali diadakan ini bertemakan “Collaboration and Synergy in Delivering Defence Tasks” yang dikhususkan untuk menjadi salah satu platform bagi perbincangan dan kerjasama Latihan di antara training authorities, provider dan stakeholders di dalam ABDB dan juga agensi-agensi luar. Ianya juga adalah salah satu platform bagi dialog dan mempertingkatkan serta mempelbagaikan usaha ke arah menyatupadukan institusi-institusi latihan ke arah kerjasama yang lebih mampan dan berdaya tahan di dalam melahirkan anggota yang berkebolehan, berkeupayaan dan berdaya saing untuk menangani suasana keselamatan yang kian mencabar.

Di majlis perasmian tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menekankan bahawa dengan ekosistem keselamatan yang sukar untuk diramal serta kemunculan ancaman keselamatan bukan tradisional, sekarang adalah masa yang sesuai bagi ABDB untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kerjasama latihan khususnya di dalam perkongsian maklumat, membincangkan perspektif dan kaedah latihan terbaik di antara unit latihan di dalam ABDB dan juga dengan rakan sahabat serta agensi luar ke arah keberkesanan pada perlaksanaan tugasan pertahanan (defence task) yang ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021.