Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS BAHASA MELAYU SIRI 2/2022

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 07 Oktober 2022 – Seramai 10 orang peserta telah menghadiri Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 2/2022 yang terdiri daripada 02 anggota tentera pinjaman luar negara (Loan Service), 06 anggota tentera Gurkha dan 02 orang awam. Majlis penutupan kursus berkenaan telah berlangsung di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih, Institut Latihan ABDB. Turut hadir ialah Mejar Pg Hjh Siti Noraishah binti Pg Hj Tajudin, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, pegawai-pegawai, guru-guru dan ahli tetap Pusat Evolusi.

Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 2/2022 telah dijalankan selama 03 minggu, iaitu bermula pada 19 September 2022 hingga 07 Oktober 2022. Kursus ini ditawarkan khusus untuk anggota tentera pinjaman luar negara (loan service) serta pasangan (orang awam), anggota tentera Gurkha, anggota tentera British dan orang awam yang berkhidmat di Seria Garison. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu peserta kursus berkomunikasi menggunakan struktur asas tatabahasa bahasa Melayu dengan baik sama ada secara lisan mahupun bertulis. Di samping itu, peserta kursus juga didedahkan dengan adat dan budaya masyarakat Brunei. Pelbagai aktiviti telah diungkayahkan bagi mencapai objektif kursus seperti latihan menulis, bertutur, mendengar, ujian dan lawatan sambil belajar.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus, iaitu Mrs Leanne Mackenzie. Kemudian, Yang Mulia Tetamu Kehormat menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus dan seterusnya menyampaikan ucapan penutupan kursus. Anugerah Penuntut Terbaik bagi Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 2/2022 telah disandang oleh LS2240 Lt Kdr Harry Edward Ball.