Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI BERSILATURRAHIM BERSAMA PARA PEMIMPIN BAGI PESERTA KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 1/2022

Penanjong Garison, Khamis, 06 Oktober 2022 – Sesi Bersilaturrahim Bersama Para Pemimpin bagi peserta kursus kepimpinan dan pengurusan pegawai waran siri 1/2022 telah berlangsung pada pagi hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Lt Kol Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut hadir bersama adalah Pegawai Memerintah PE IL ABDB, Pegawai-Pegawai dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.

Majlis diberkati dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 15521 PW2 (U) Mohammed Shahrin Bin Hj Sarpudin.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas daripada pengerusi majlis mengenai latar belakang yang mulia Komandan IL ABDB dan seterusnya sesi dimulakan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis

Di dalam ucapan, Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan ucapan penghargaan diatas jemputan yang diberikan kepada peserta kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2022. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis turut menyatakan hasrat kepada peserta kursus untuk menyerapkan sikap kepimpinan yang perlu ada bagi setiap anggota yang berpangkat iaitu Visi, Efektif, Komitmen serta Bertanggungjawab.

Yang Mulia Tetamu Kehormat juga memberi sedikit perkongsian pengalaman beliau dalam menjalankan tugas harian iaitu hendaklah sentiasa menjalankan tugas dengan jujur dan amanah serta bersikap bertanggungjawab kepada anggota bawahan. Dikesempatan ini juga, Yang Mulia Tetamu Kehormat berpeluang berkongsi pengalaman, pengetahuan serta bermuzakarah bersama peserta Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pegawai Waran Siri1/2022.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada yang mulia Tetamu Kehormat daripada peserta kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pegawai Waran Siri1/2022, Jamuan, bacaan doa penutup, sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenang-kenangan.