Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN LOGISTIK SIRI

PENANJONG GARISON, Jumaat 23 Sept  2022 – Majlis Penutupan Dan Penyampaian Sijil Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog SPT IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis  ialah 593 Lt Kol (U) Sherpor Nezam bin Abdul Ghapor, Pegawai Turus Logistik, Jabatanarah Logistik Kementerian Pertahanan.  Turut hadir adalah Pegawai Latihan Logistik, Ketua-ketua Cawangan SPT IL ABDB, para jemputan dari unit dan Jurulatih-jurulatih CLLog SPT IL ABDB.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya mandatori yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mahupun agensi luar yang mana melalui kursus ini peserta-peserta kursus telah diberi tugasan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran apabila menjalankan tugas pada bila-bila masa diperlukan.

Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2022 ini dikendalikan selama Enam (06) minggu dan seramai 24 anggota telah menghadiri kursus tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Sad, Ayat 26-29 yang dibacakan oleh 17475 Kpl Md Nor Aspalilah bin Asali wakil peserta kursus daripada unit Kompeni Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Komp Mrks TDDB). Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan kursus daripada Jurulatih Pengendali kursus, 21100 PW2 Noor Asmahwahni binti Yanau.  Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2022 disandang oleh 19390 Kpl Ak Khiya'arul Azry bin Pg Mohd Yussof dari unit Rejimen Pengawal Diraja , Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 21504 LsK Siti Nuriah binti Yunus, Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 17475 Kpl Md Nor Aspalilah bin Asali dan Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 19867 Kpl (U) Mohd Rezuan bin Emran.

Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.  Yang Mulia Tetamu Kehormat juga berpesan kepada peserta kursus untuk tidak menyalah gunakan kuasa yang diberikan bagi tujuan kepentingan diri sendiri.  Peserta kursus hendaklah melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah, diiringi dengan usaha yang istiqamah, penuh dengan nilai-nilai murni.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Majlis perasmian penutupan kursus diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.


 

 

 

 

 

2022-09-22T16:00:00Z