Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN SIRI 3/2022

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB) Jumaat, 22 September 2022 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 3/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 35 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bermula pada 02 September 2022 hingga 23 September 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Mejar Siti Nur Imraya binti Yahya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua-Ketua Cawangan SPT IL ABDB dan Pegawai-pegawai jemputan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLKwgn, SPT IL ABDB.

Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 3/2022 yang bertujuan untuk melayakkan peserta kursus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-Unit ABDB ini telah dikendalikan selama tiga (03) minggu bermula daripada 02 September 2022 hingga 23 September 2022. Seramai tiga Puluh lima (35) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada tiga belas (13) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), lima (05) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), lima (05) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), lima (05) anggota daripada Markas Angkatan Bersama (MAB), dua (02) Rejimen Pasukan Khas dan lima (05) anggota daripada Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Mujadilah, Ayat 11 hingga 13 daripada wakil peserta kursus, 1248 Lt Mohammad Afiq bin Haji Janaidi daripada 1Bn TDDB Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Jurulatih Pengendali Kursus, 21542 Sjn Sarina Wajihah binti Haji Shahri. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil-Sijil dan Sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat. Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 1248 Lt Mohammad Afiq bin Haji Janaidi (1Bn TDDB). Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari sebelum pengauditan dalaman dijalankan serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh wakil peserta kursus, 1248 Lt Mohammad Afiq bin Haji Janaidi