Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERBARISAN BULANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB)

135.jpgKhamis, 15 Sept 2022 (pagi) – Institut Latihan ABDB (IL ABDB) pada hari ini telah mengadakan Perbarisan pagi peringkat IL ABDB sebagai salah satu aktiviti bulanan bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini adalah perbarisan bulanan yang ke-4 melibatkan seramai 701 anggota terdiri dari seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk ahli-ahli kursus dan Rekrut Pengambilan Lelaki ke 169 termasuk Rekrut Pengambilan Wanita ke 57.

Perbarisan kali ini dipimpin oleh Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan, (Bahagian Latihan), Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.

Sepertimana lazimnya, Perbarisan di dahului dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Laungan "Ikrar Kami" (Ikrar IL ABDB) dengan dikuti oleh ucapan Kamandan IL ABDB dan seterusnya bacaan doa yang dibacakan oleh Lt Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Pegawai Ugama, JAMAAT ABDB.

Antara lain tujuan Perbarisan Bulanan IL ABDB ini diungkayahkan adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan perpaduan di kalangan anggota-anggota IL ABDB, di samping memperkukuhkan semangat kenegaraan yang tinggi serta menanamkan etika dan disiplin untuk terus berkhidmat dengan telus dan komited pada menyumbang ke arah keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.


136.jpg


137.jpg


138.jpg


139.jpg


140.jpg


141.jpg