Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KOMPENI KUARTER MASTER SARJAN (KKMS) SIRI 2/2022 DAN KURSUS PENINGKATAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN & KATERER SESI 2022

PENANJONG GARISON, Jumaat 05 Ogos  2022 – Majlis Penutupan Kursus Kompeni Kuarter Master Sarjan (KKMS) Siri 2/2022 dan Kursus Peningkatan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer Sesi 2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 657 Lt Kol (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB.  Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Latihan Logistik, Timbalan Pegawai Turus Kewangan Bahagian Lthn, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-jurulatih CLLog SPT IL ABDB.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mahupun agensi luar yang mana melalui kursus KKMS ini, peserta-peserta kursus telahpun didedahkan dan ditunjuk ajar dengan pengisian borang-borang perakaunan yang digunakan didalam sub unit serta tatacara permintaan keperluan harian ke Kuartermaster. Melalui kursus ini juga, ianya dapat mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan sebagai penyelenggara stor sub-sub unit di dalam ABDB. Manakala bagi Kursus Peningkatan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022, mereka diberikan pendedahan dalam suasana medan peperangan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta sentiasa bersiap sedia menerima sebarang tugas dengan baik mengikut keperluan semasa.

Kursus KKMS Siri 2/2022 dikendalikan selama Tiga (03) minggu dan seramai 37 anggota telah menghadiri kursus tersebut manakala Kursus Peningkatan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer Sesi 2022 telah dihadiri oleh 14 anggota yang mana 02 anggota daripadanya terdiri daripada Pasukan Simpanan Gurkha.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nisa, Ayat 69-74 yang dibacakan oleh 18094 SSjn Mohd Qamarul Sallehin bin Hj Jasni wakil peserta kursus daripada unit Khidmat Bantuan Kombat TDDB. Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan kursus daripada wakil Jurulatih Pengendali kursus, 15937 SSjn Md Ali Rahman bin Hj Maarub.  Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Jurulatih Bantuan, APO LKpl Khairul Azwan bin Haji Salim dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus KKMS Siri 2/2022 disandang oleh 16505 Sjn Muhd Eddy bin Moksin dari unit 1Bn TDDB, Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 17726 Sjn Bakri bin Osman dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 16919 Sjn Md Suhaidie bin Osman. Bagi Kursus Peningkatan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer Sesi 2022 pula, Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 19576 LKpl Mohd Al-Mujadillah bin Abd Hamid dari unit Pejabat Pemerintah Garison, Kementerian Pertahanan (PPG KEMENTAH). Manakalah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 19286 LKpl Md Affandi bin Zainuddin dan Penuntut Terbaik Praktikal disandang oleh 19947 LKpl Md Firdaus bin Hj Mat Zinin.  Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dengan profesional dan penuh dedikasi terhadap semua tugasan yang diberikan dan diikuti dengan lunas-lunas kepimpinan demokratik, melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas, diiringi dengan usaha yang istiqamah, penuh dengan nilai-nilai murni.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Majlis perasmian penutupan kursus diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.