Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1443H DAN MEMBACA DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1444H PERINGKAT PENANJONG GARISON

116.jpgPenanjong Garison, Jumaat, 29 Julai 2022 - Dalam menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Baru 1444 Hijrah dan menanam penghayatan terhadap peristiwa hijrah Rasul Agung, Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabat Baginda, Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah 1443H, Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan wirid dan Doa Awal Tahun Hijrah 1444. Majlis diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yassin dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah.

Majlis juga turut disemarakkan dengan kehadiran pegawai-pegawai serta anggota-anggota daripada gabungan unit IL ABDB, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB), dan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) yang mana memperlihatkan semangat perpaduan unit-unit di Penanjong Garison.


117.jpg


116.jpg